03 July 2021

PANDEMIK UBAH JADI LEBIH BAIK - NABILA PUNYAI BANYAK MASA BERSAMA KELUARGA



Pelakon Nabila Huda menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah meluahkan perasaannya berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini. Ujar Nabila, ada kalanya dia berasa tertekan kerana tidak boleh bebas seperti dahulu. Sebagai manusia, Nabila berusaha untuk gembira dan ketawa walaupun perniagaannya tidak berjalan dengan baik. Setakat ini, makan, minum masih cukup dibayar.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil, sepanjang tempoh dua tahun ini, dia berasa stress, tidak bebas, hidup dalam ketakutan, kehilangan, kekurangan dan mengalami pelbagai perasaan yang lain terutama apabila disahkan positif Covid-19 pada bulan yang lalu.

Namun begitu, pelakon filem 'Munafik' ini tetap bersyukur kerana pelaksanaan PKP di Malaysia sedikit sebanyak mengubah cara hidupnya ke arah yang lebih baik. Jelas Nabila, tingkah laku dan gaya hidupnya merupakan perubahan yang paling drastik sepanjang dua tahun ini. Tambahnya, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Jelas Nabila, Kegembiraan bersama keluarga merupakan momen terindah.

Klik untuk gambar besar



"In these 2 years adalah the toughest year untuk satu dunia..Tapi abil ada pandangan yang positive dengan apa yang terjadi and abil harap dapat membantu korang untuk bangkit semula.. Here goes my pandemic journey tapi dia takkan berhenti after this pandemic's over. There's more to come! #justsharing.

"Saya masak setiap hari untuk keluarga. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Saya mulakan hari dengan gelak ketawa. Kami bersembang dan berkongsi pelbagai cerita. Adakalanya, kami berborak mengenai kehidupan dunia dan isu semasa. Pukul 10 malam kami semua masuk bilik dan menonton movie. Setiap hari. Saya tak pernah ada masa sebanyak ini bersama keluarga sepanjang saya jadi seorang pelakon.

"Gaya hidup dan sikap berubah mendadak. Dah tak ada panjang akal nak lepak sampai lewat malam. Saya dah pandai kemas rumah, vacuum, mop, basuh baju, sidai kain dan bangun tidur terus kemas katil. Ini kekurangan Abil sebab saya boleh masak cuma, tak pandai buat kerja rumah dan bertukang. Tapi semuanya dah berubah," kongsinya.



Di samping itu, Nabila turut memberitahu bahawa dia sedang berusaha untuk menunaikan solat lima waktu sehari. Selain itu, dia juga sudah mula belajar mengaji dan membaca kitab setiap hari. Di akhir perkongsian tersebut, Nabila mendoakan supaya semua individu dijauhi daripada kesusahan.

"Abil dah mengaji dan belajar kitab setiap hari dengan Keisha dan kawan-kawan baik saya. Saya sendiri tidak terfikir pun sebelum ini. Saya dah dapat solat dengan sempurna walaupun kadang-kadang tak cukup lima waktu. Tapi I masih lagi berusaha.

"Kita semua kena sentiasa positif. Kalau ada rasa benda yang negatif, tolong jauhkan diri anda. Percayalah, Allah takkan bagi kita ujian sampai kita tak boleh nak tangani. Kena sentiasa bersabar okay. Saya faham saya tak duduk di situasi anda semua. Tapi, perjalanan saya ini boleh bagi inspirasi dekat anda semua. Saya sayang kamu semua," ujarnya.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: