03 July 2021

MIA AHMAD MENYESAL ANAK 'SPEECH DELAY' AKIBAT GAJET



"Throwback video sebelum MCO 3.0 , my first born. So proud of you, takde ada apa yang mustahil.. jangan putus doa dan sangka baik selalu dengan Allah. You're gonna get there, sayang.

"Parents, please minimalkan penggunaan gadget.. saya tahu ramai yang terkesan dengan pandemic ini dan mengambil jalan shortcut untuk bagi anak-anak menggunakan gadget.. please monitor apa yang anak tengok dan berapa jam mereka menghadap screen. Bila bagi diorang screen time make sure you join them and watch together..

"Saya bercakap melalui pengamalan yang mungkin ramai tak tahu.. kesan daripada saya exposed kan Issa screen time seawal bayi menyebabkan Issa speech delayed, short attention span dan mempunyai masalah social skill.

Klik untuk gambar besar



"I admit my mistake, at that time saya CUMA fikirkan diri saya SAHAJA dan mula introduce kan screen time dengan kerap pada Issa. TAPI.. itu dahulu.. setahun yang lalu.. Alhamdulillah dengan izin MU, Issa menunjukkn progress yang sangat baik.. mula bercakap.. mula interact.. dah overcome almost semua masalah yang ada before...

"Minta doakan kesembuhan sepenuhnya buat Issa ya? Banyak sebenarnya tips yang saya nak share.. nantilah ya bila ada kesempatan... Ada parents yang lalui benda yang sama dgn saya tak? Please share!" itulah kongsi pelakon Mia Ahmad yang menyesal kerana tidak menyedari masalah lambat bercakap (speech delay) yang dihidapi anak sulungnya, Sayf Issa yang kini berusia tiga tahun.

Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 33, dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan sendiri oleh cikgu di sekolah anaknya yang meminta bertindak segera mengatasi masalah itu.



Berkongsikan perkara tersebut menerusi laman Instagram, Mia memuat naik video Issa menerima tunjuk ajar daripada speech therapist. Selepas ditegur guru berkenaan, Mia kemudiannya mengambil keputusan untuk menghadkan masa anaknya menggunakan gajet serta menonton tv selama beberapa bulan.

Mia turut menambah, perkongsiannya di Instagram itu adalah bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa agar mengurangkan screen time anak masing-masing demi perkembangan mereka.

Untuk makluman, Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 3, dan Iris, 1 tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: