11 July 2021

"TAK SYAK SIAPA SEBAB TIADA MUSUH" - MIKAIL ANDRE DEDAH KELUARGA ALAMI GANGGUAN MISTIK



Enggan terus menyembunyikan keperitan yang menimpa keluarga selepas hampir lima tahun kehidupan diselubungi kisah misteri dan pelbagai kejadian aneh, anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan iaitu pelakon Mikail Andre akhirnya tampil mendedahkannya.

Ujar Mikail atau nama sebenarnya Mohammad Mikail Andre Nazrul Andre, 29, dia dan keluarganya sudah tidak tahan apabila gangguan yang diterima mereka semakin kerap dan mengerikan.

"Gangguan mistik yang dialami ini bukan baru berlaku, sebenarnya lama dah cuma kami tak expose je. Tapi kini semakin teruk... ia berlaku hari demi hari. Mula-mula cermin tingkap jenis sliding pecah, hari berikutnya pula anak saya pecahkan gelas... jadi ia seperti ada perkara tak elok. Tiga hari lepas tu ada ular tedung senduk besar masuk dalam rumah sampai meremang bulu roma bila kejadian tu berlaku," katanya.

Kisah gangguan misteri membabitkan Mikail mula mengundang kebimbangan ramai selepas dia berkongsi mengenai perkara itu di Facebook. Rata-rata peminatnya turut melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan berkenaan yang dianggap sebagai tidak bermoral jika benar ia ada kaitan dengan penggunaan ilmu hitam.

Klik untuk gambar besar




________ IKLAN ________

Jualan hebat dan berbaloi setiap hari . Dapatkan barangan rumah, barangan harian, barangan segar dan sebagainya dengan diskaun hebat dan penghantaran percuma.

Hanya shooping dari rumah sahaja. Anda pesan, kami hantar! Malah pelanggan baru juga akan mendapat 'welcome gift' tanpa sebarang bayaran. BERTINDAK SEKARANG!


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!



_______ IKLAN _________

Tambah Mikail, dia menyedari kehidupan mula diganggu perkara misteri selepas pulang daripada penggambaran sebuah drama kira-kira lima tahun lalu. Bagi mendapatkan kepastian Mikail dan abangnya, pelakon dan pengarah Piere Andre mendapatkan rawatan perubatan Islam. Mereka diberitahu kisah misteri yang menghantui keluarganya berpunca daripada buatan orang.

"Saya dan abang pergi berubat, ustaz kata kami diganggu oleh benda halus dari set penggambaran tu. Baru-baru ni pula saya dan mak tengah makan dekat ruang tamu, lepas itu kami terhidu bau kemenyan. Apa yang pelik ialah hanya saya dan mak je yang bau, ayah pula tak hidu apa-apa. Ustaz kata ada orang yang tak puas hati hantar sesuatu kepada keluarga saya, tapi tahu dia tuju kepada siapa," jelasnya.

Enggan menuding jadi atau menuduh mana-mana pihak, Mikail hanya berfikiran positif dan menerima kejadian tersebut sebagai ujian: "Walaupun ustaz beritahu ini buatan orang tapi kami tak syak siapa-siapa pun sebab tak ada musuh dan tak pasti dari siapa. Apa yang boleh kami buat hanya ikhtiar dan banyakkan amalan wajib," ujarnya lagi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: