"Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) saya. Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa2.
"Tuanku berikan kata2 semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF. Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai. Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual2 dengan Permaisuri yang disayangi semua.
"Sungguh2 keibuan," demikian tulis pelakon Siti Elizad yang meluahkan rasa terharu apabila menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Klik untuk gambar besar
Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, Elizad yang terkejut dengan panggilan tersebut, berkata Tunku Azizah bertanyakan mengenai keadannya selepas terbaca kisahnya dituduh mandul oleh seorang netizen minggu lalu.
Elizad turut memberitahu Raja Permaisuri memberikan kata-kata semangat serta berkenan berkongsikan pengalaman baginda yang menjalani proses rawatan IVF sebanyak 17 kali.
Dalam pada itu, Elizad menjelaskan dia tiada niat untuk menghebohkan mengenai penjalanannya menjalani proses rawatan IVF tetapi hanya berkongsi pengalaman kepada mereka yang berdepan masalah sama.
________________________
No comments:
Post a Comment