01 July 2021

4 TAHUN DEPRESI, DEJA MOSS PERNAH TERFIKIR BUNUH DIRI: "SAYA CALL MAK MINTA MAAF..."



"Saya alami depression pada 2004 hingga 2008. Pada peringkat awal saya susah nak tidur dan terpaksa bergantung dengan ubat tidur all the time. Sebelum berkahwin kali pertama dah ada, lepas kahwin OK. Namun selepas bercerai depression tu datang lagi, tapi ia tak lama sebab masa tu dah tahu macam mana nak overcome.

"Situasi paling worst saya dah alami ialah sampai pernah ada keinginan untuk membunuh diri," itulah dedah penyanyi Deja Moss yang memberitahu dia pernah dihimpit masalah kemurungan hingga terfikir untuk mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Cerita Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 48, empat tahun dia menanggung derita tanpa mengetahui punca sebenar masalah berkenaan. Bercerita lanjut tentang masalah kesihatan mental yang pernah dialaminya itu, Deja berkata dia pernah merasakan hidupnya sudah tidak bermakna.

"Dua atau tiga kali saya buat percubaan nak bunuh diri, saya call mak saya minta maaf tapi tak cakap la nak bunuh diri... hanya beritahu saya dah taknak hidup. Masa tu mak saya nangis. Saya tak dapat tidur berhari-hari, lepas tu menangis sampai terfikir baik aku terjun je. Rasa hidup ni dah tak berguna sehingga rasa nak bunuh diri," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Namun Deja bersyukur apabila berjaya keluar daripada masalah berkenaan dan menghargai kehidupannya kini. Ujarnya lagi dia tidak malu untuk berkongsi cerita tentang masa silamnya untuk dijadikan pengajaran lebih-lebih lagi tatkala negara dilanda pandemik Covid-19.

"Alhamdulillah sekarang ni saya dah completely okay dan tak ada apa-apa lagi berkaitan depression. Dulu saya malu nak cakap dengan orang, tapi saya kena kuat. Saya selalu jumpa doktor dan sekarang ni saya tak malu bercakap fasal depression sebab saya rasa ini masa sesuai untuk berkongsi.

"Nasihat saya dalam keadaan macam ni tengah lockdown serta banyak laporan kes bunuh diri... pergilah jumpa doktor. Jangan malu untuk mengaku ada depression dan takut orang cakap kita gila, dapatkan bantuan," jelas Deja yang baru-baru ini melancarkan buku 'Hidupku Takdirku'.

Untuk makluman, Deja pernah mendirikan rumah tangga dengan Azfendy Azzuddin pada 30 Ogos 2008 dan bercerai pada 24 Oktober 2018 selepas 10 tahun berkahwin. Kemudian, dia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Maher Khani, 53, pada Jun 2019.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: