02 July 2021

USTAZ EBIT LEW TERHARU, SEBAK TERIMA ANUGERAH 'DUTA MUHIBBAH PALESTINE'



"Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestine / Palestine Goodwill Ambassador. Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang. Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestine, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.

"Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja. Kami berbincang untuk program-program di Palestin di masa akan datang. Saya bersetuju bekerjasama dengan kementerian luar projek - cultural Exhibition of heroism and Sacrifice.

"Demi maslahat anak muda remaja disana. Identiti dan tanah mereka diambil. Berapa banyak telah terkorban. Ada berapa banyak keluarga dah tiada keturunan mereka. Semuanya syahid. Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan semua yang telah berkorban.

"Semoga menjadi asbab kebaikan. Terima kasih kerajaan Palestine. Terima kasih kementerian Luar Palestine dan semua rakyat Palestine. Terasa bagai semua keluarga. Terima kasih doa semua rakyat Malaysia. Terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra. Terima kasih Kedutaan Besar Malaysia Mesir. Terima kasih PM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Klik untuk gambar besar



"Menjunjung kasih HRH Crown Prince of Johor yang bersama misi ini dan selalu mendoakan. Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," itulah tulis pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menerusi perkongsian di Facebook dimana beliau meluahkan rasa sebak selepas menerima anugerah 'Duta Muhibbah Palestine' daripada Kementerian di sana.

Dengan rendah diri, Ebit Lew berkata dia hanya membuat sedikit usaha jika dibandingkan dengan yang lain. Berkongsi dengan lebih lanjut, beliau sangat terharu apabila menerima layanan baik daripada kementerian di sana. Mereka berbincang dengan lebih terperinci mengenai program-program di Palestin pada masa akan datang.

Bersama hantaran tersebut, Ustaz Ebit berterima kasih kepada kerajaan, kementerian serta rakyat Palestin yang menyambut baik kedatangan pasukannya ke sana. Beliau turut meluahkan penghargaan kepada semua pihak yang banyak mendoakan kejayaan misi tersebut.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: