06 July 2021

VIDA KENA SEKOLAH BILA PESAN JANGAN MALAS & HANYA BERGANTUNG BENDERA PUTIH



"Janganlah guna alasan PKP pendapatan terjejas nak beli pampers anak tak boleh, usaha. Tengok adik ni usaha. Pendapatan RM200-RM250 sehari kau mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena bersih dan menu sedap," demikian pesan Datuk Seri Vida disamping menasihati mereka yang terjejas diluar sana supaya berusaha daripada berharap bantuan bendera putih sahaja.

Nasihatnya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang terasa dengan pendapatnya seolah melemahkan golongan tidak mampu. Komen segelintirnya, jika tidak mahu membantu lebih baik dia diam sahaja.

"Bila doh kaya gini pulok mulut. Kalau taknak sedekah, takyah banyak bunyi. Duk diam2," komen pengguna Tik Tok bernama Arazzaraz.

"Tak semua keadaan nyer sama... Dato tak nak tolong,,, baik diam, takde orang akan label Dato BISU," tambah nurmelissanatalie.

Kesimpulannya, manusia memang perlu berusaha, tetapi kibar bendera putih itu mungkin adalah pilihan terakhir bagi segelintir daripada mereka yang susah termasuk tidak mempunyai modal untuk berniaga.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: