06 July 2021

MASIH KUARANTIN - USTAZ EBIT LEW PAKAI PPE JUMPA BAPA HIDAP KANSER TAHAP AKHIR



"Pohon doakan buat ayah saya yer.. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih kkm.

"Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit yer bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye.

"Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya.

"Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu.

Klik untuik gambar besar



"Terima kasih ya Allah," demikian tulis pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menerusi satu perkongsian di Facebook, dimana dia diberi peluang untuk berjumpa dengan bapanya walaupun sekejap dengan lengkap berpakaian PPE dan ujian Covid-19 menunjukkan negatif.

Ebit Lew yang baru sahaja pulang dari Gaza beberapa hari lalu dan masih menjalani kuarantin itu memaklumkan bapanya menghidap kanser perut tahap akhir. Menurut Ebit lagi, sel kanser sudah merebak ke seluruh badan serta memohon agar orang ramai mendoakan buat bapanya.

Dalam pada itu, Ebit turut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bapanya yang sedang sakit kerana perlu menjalani kuarantin serta berterima kasih kepada adik-beradiknya yang lain.

Ebit berkata sebelum ini bapanya sempat memberikan pesanan kepada ketika masih sedar supaya meneruskan kerja dengan melakukan misi bantuan kemanusiaan. Lebih sebak, Ebit turut berdoa jika ada sedikit pahala di atas kebaikan dilakukannya hadiahkanlah kepada bapanya agar dikurangkan kesakitan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: