26 August 2021

45 HARI BERTARUNG DENGAN COVID-19 - ISTERI BAD DISAHKAN MENINGGAL DUNIA



"Isteri saya baru menghembuskan nafas terakhir di HKL selepas 45 hari bertarung Covid-19," demikian tulis pelakon Badrol Shah atau Bad yang berkongsi berita sedih dimana isterinya, Farah Shila Mazlan, 37, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, pada jam 8.15 pagi, hari ini.

Allahyarham Farah dijemput Ilahi selepas 45 hari bertarung dengan Covid-19. Bad sekeluarga termasuk empat anak-anaknya sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.

Bad, 39, yang popular menerusi filem 'Busut Bonang' berkongsi berita pemergian isterinya menerusi hantaran di laman Instagram @badrolshahmanan yang menerima ucapan takziah daripada rakan-rakan artis.

Selepas 23 hari ditidurkan, Allahyarham isteri Bad yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur menghembuskan nafas terakhir selepas dijangkiti Covid-19 varian Delta pada awal Julai lalu.

Klik untuk gambar besar



Badrol atau nama sebenar Badrol Shah Abdul Manan, 39, berkata, dia sempat membacakan dua kali syahadah untuk isteri tersayang ketika doktor membuat panggilan video sekitar pukul 8 pagi.

Pernah berlaku kekeliruan dan salah maklumat tentang status isteri pada 10 Ogos lalu, pelakon berusia 39 tahun berkenaan kali ini reda dengan pemergian Allahyarham.

"Dalam pukul 8 pagi tadi doktor ada buat panggilan video, dan saya sempat membacakan dua kalimah syahadah untuk arwah. Kali pertama masa pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isteri sudah meninggal itu memang saya tak dapat terima. Tapi kali ini, saya serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergiannya," ujarnya.

Pada 10 Ogos lalu, Badrol memberitahu isterinya yang juga seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur, sudah meninggal dunia selepas mendapat maklumat daripada pihak hospital.



Namun selang beberapa hari berlaku kesilapan dan kekeliruan apabila doktor memaklumkan isterinya masih hidup namun berada dalam keadaan krtikal selepas ditidurkan pada 2 Ogos lalu.

Menerusi laporan media, Badrol berkata dia sendiri trauma dengan perkara itu selepas dikejutkan dengan maklumat salah bahawa isterinya sudah meninggal dunia.

"Ada yang cakap saya menipu dan meraih simpati. Bukan itu niat saya. Saya jadi takut sampai sekarang pun saya masih menggeletar. Saya hanya sampaikan apa yang dimaklumkan oleh pihak hospital kepada saya. Setiap kali dihubungi, doktor juga berbeza-beza," katanya.

Badrol turut menjaga tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama isterinya iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7 tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: