26 August 2021

NAMPAK 'BABY BUMP' - WAWA ZAINAL HAMIL ANAK KE-4?



Baru-baru ini, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah meraikan ulang tahun ke-8 anak sulung mereka, Ahmad Fakhruddin Attar dan telah berkongsi sekitar sambutan menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram masing-masing.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila netizen mengatakan seolah kelihatan 'baby bump' pada perut Wawa. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan daripada Wawa mengenai dakwaan berkenaan.

Untuk makluman, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan tiga anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: