18 August 2021

ADIK HAMIL & KELUARGANYA POSITIF COVID-19 - PELAKON HUSNA MUSTAFFA LUAH RISAU



Baru kehilangan bapa saudara berusia dalam 50-an, baru-baru ini, pelakon Husna Mustaffa, 34, kini meluahkan rasa risau pula dengan adik bongsu apabila disahkan positif COVID-19. Lebih membimbangkan, adiknya, Syarifah Hannan Syed Mustaffa sedang hamil enam bulan anak kedua dan dijangkiti COVID-19 sejak lima hari lalu.

Manakala, suami dan anak sulung berusia dua tahun turut positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah di Johor Bahru. Husna atau nama sebenarnya, Sharifah Husna Syed Mustaffa berkata, adiknya kini sedang dirawat di sebuah hospital di Johor Bahru, keadaannya dalam terkawal dan baik, cuma harus pantau disebabkan berbadan dua.

"Masa awal mendapat tahu keadaan, saya risau dan tidak keruan. Tambah pula, saya, suami dan anak di Kuala Lumpur. Adik dan keluarganya pula di Johor Bahru. Hubungan saya dengan adik sangat rapat. Kami umpama kawan baik. Kami sudah lama tidak berjumpa disebabkan tidak dapat merentas negeri. Hanya doa dari kejauhan dapat memberi semangat kepadanya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Pelakon drama 'Mencari Kiblat Cinta' itu berkata, adik bongsunya sudah mendapat suntikan dos vaksin pertama: "Saya berharap suntikan vaksin dapat membantu adik saya bertahan dan cepat sembuh. Adik masih lemah, namun dia lebih runsing keadaan suami dan anak yang masih kecil di rumah.

"Ditambah pula, keadaannya sarat hamil. Saya dan adik beradik lain hanya dapat memberi semangat kepadanya. Kami cuba meringankan beban adik dengan menyediakan apa sahaja keperluan diperlukan termasuk ubat-ubatan. Saya tidak akan menunjuk kesedihan kerana tidak mahu adik jadi lemah," katanya.

Untuk makluman, ibu kepada dua cahaya mata, Putera Adam Harith dan Puteri Adra Hana itu menyerlah selepas membintangi drama 'Kerana Dia Manusia Biasa' bergandingan dengan Emma Maembong dan Shukri Yahaya pada 2019. Husna memulakan kerjaya sebagai model busana muslimah pada 2015.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: