18 August 2021

FENDY MELAWAT RUMAH PPR: "SEMUANYA DALAM KEADAAN BAIK., TERIMA KASIH..."



"Alhamdulillah, baru sahaja pergi tengok rumah, semuanya dalam keadaan baik. Terima kasih Tan Seri Annuar Musa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," kata pemain drum kumpulan Caliph Buskers, Fendy yang memaklumkan dirinya baru sahaja berkesempatan melawat rumah PPR yang bakal didiaminya itu baru-baru ini.

Selepas beberapa bulan menunggu, nampaknya impian Fendy untuk memiliki rumahnya sendiri bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Fendy menjelaskan, dia sememangnya amat berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut yang disifatkan amat cantik dan selesa.

Dikesempatan itu juga, bapa kepada seorang anak ini turut merakamkan ucapan penghargaannya buat bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kerana telah pun merialisasikan impiannya itu.

Klik untuk gambar besar



Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar segala urusan Fendy sekelurga akan sentiasa dipermudahkan selepas ini.

"Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan. - "Alhamdulillah, bersih nampaknya rumah. - "Alhamdulillah, terbaik saudara, antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sebelum ini, kisah kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh Fendy sekeluarga sewaktu pandemik Covid-19 ini telah pun mendapat perhatian ramai termasuklah daripada Menteri Wanita dan Keluarga, Rina Harun, Timbalan Menteri Belia & Sukan, Wan Ahmad Fayhsal dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: