18 August 2021

IBU KELUAR HOSPITAL, LAN LUAH SYUKUR: "TERIMA KASIH ALLAH..."



Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi Lan Solo telah meluahkan rasa syukur apabila ibunya, Rasidah Nasarudin kini dikeluarkan daripada wad hospital selepas mengalami masalah kesihatan.

Pada masa sama, Lan juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah mendoakan kesihatan ibunya sejak dimasukkan ke hospital bulan lalu.

"Terima kasih Allah, terima kasih semua yang pernah mendoakan kesihatan mak. Moga kita semua sentiasa di bawah lindungan-Nya," kongsi Lan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Lan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas wad yang terlibat menjaga ibunya di hospital: "Terima kasih juga petugas-petugas wad yang jaga mak, hanya Allah dapat membalas," coretnya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Lan tumpang gembira dan bersyukur setelah mengetahui perkembangan positif tersebut.

Sekitar awal Julai lalu, Lan menerusi Instagram memaklumkan ibunya perlu dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan. Beberapa tahum lalu, ibu Lan pernah dimasukkan ke hospital akibat serangan strok sehingga menyebabkan kerosakan otak sebelah kirinya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: