18 August 2021

"JUAL TUDUNG IS NOT MY THING, SORRY" - IZARA TETAP MELAWA MESKIPUN BERHIJAB



"Nak berhijrah ke nak melawa? Nak dua-dua! Haha jangan serius sangat. Terima kasih kepada yang bagi kata semangat, yang selalu positif dan sangka baik. Boleh ambil gambar cantik-cantik buat diri happy, janji jangan eksyen (menunjuk-menunjuk secara berlebihan).

"Jual tudung bukan pilihan saya. Maaf. Saya lebih suka beli. Saya selalu nak mulakan jenama baju sendiri tapi buat masa sekarang ni malas. Perlukan masa kerana terlalu sibuk menjaga anak kecil saya dan saya gembira dengan perniagaan ENYA," itulah antara kata-kata pelakon Izara Aishah menerusi Twitter miliknya.

Penampilan terbaharu isteri kepada Adib Khalid itu mengenakan hijab dengan sempurna menerima pujian daripada peminat dan netizen di laman sosial. Berterima kasih atas sokongan yang diberikan, Izara, 28, berkata penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti kebiasaan.

Pada Rabu, pelakon filem 'Kau Yang Satu' ini turut berkongsi hadis menyebut mengenai Allah menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan. Namun, ia haruslah berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riyak. Meskipun sudah tampil dengan imej muslimah, Izara berkata dia tidak terfikir menjadi seorang usahawan tudung kerana lebih selesa membeli.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Izara ada bertanya soalan kepada seorang ustazah mengenai hukum seseorang berkongsi foto diri di laman sosial. Izara berkata dia bersedia untuk memadam kesemua foto dan juga akaun media sosial miliknya jika ada bukti kukuh mengenai hukum tersebut. Bagaimanapun, seorang ustazah memaklumkan tindakannya memuat naik foto ke laman sosial tidaklah haram namun haruslah berpada-pada.

Sementara itu, usaha media mendapatkan komen Izara mengenai penghijrahannya masih belum berjaya berikutan pelakon ini belum membalas mesej yang dihantar.

Pada 14 Ogos lalu, Izara atau nama sebenar Nik Izara Aishah mencuri perhatian pengikutnya apabila mengenakan pakaian yang lebih sopan selain bertudung labuh di Instagram. Dia juga bertindak memadam gambar-gambar lama tidak bertudung di Instagram sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: