18 August 2021

BILA ZUL ARIFFIN HADIAHKAN INTAN NAJUWA AL-QURAN SEMPENA BIRTHDAY KE-24



"Ya, memang saya bagi. Tapi sebagai hadiah daripada seorang kawan, itu sahaja. Kalau boleh, tak perlulah perbesar-besarkan hal ini. Itu cuma senaskhah al-Quran," itulah akui pelakon Zul Ariffin apabila ditanya adakah dia yang menghadiahkan senaskhah Al-Quran buat pelakon Intan Najuwa sempena ulang tahun kelahirannya ke-24.

Pemberian hadiah tersebut dikongsikan Intan yang turut tertulis ucapan istimewa daripada individu dengan nama singkatan Z.A. menerusi Insta Story miliknya.

Perkongsian tersebut telah menjadi perhatian ramai, meskipun tidak berkongsikan secara terperinci indentiti individu berkenaan. Rata-rata peminat mengandaikan ia merupakan nama singkatan nama Zul Ariffin dan tanda tangan yang tertera mirip milik aktor itu.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Zul mengakui bahawa hadiah Al-Quran berkenaan memang merupakan pemberian daripadanya, namun ianya hadiah daripada seorang kawan sahaja.

Terdahulu, nama Zul Ariffin pernah dikaitkan sebagai orang ketiga yang menyebabkan hubungan Intan Najuwa bersama bekas tunangnya, Razrul putus di tengah jalan. Bagaimanapun, Zul menepis dakwaan tersebut dan menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Intan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: