18 August 2021

MILA BAKAL SAMAN LELAKI DAKWA DIRINYA TERIMA WANG RM76,000 SEBULAN



Susulan hantaran seorang lelaki dimana ia berunsur fitnah yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini, penyanyi dan usahawan Mila Jirin bakal mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Dalam satu hantaran di Facebook, lelaki terbabit mendakwa Mila menerima RM76,000 sebulan daripada kerajaan pada fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan RM38,000 pada fasa seterusnya.

Dia turut mendakwa syarikat yang diusahakan Mila beruntung kerana menerima bantuan terbabit sedangkan orang lain terpaksa menggunakan wang simpanan sehingga habis untuk meneruskan perniagaan serta kelangsungan hidup. Lelaki itu turut menasihatkan Mila supaya berdiam diri dan menganggap penyanyi itu sudah pecahkan tembelangnya sendiri.

Klik untuk gambar besar



Menurut Mila, bantuan subsidi upah yang diterima daripada kerajaan itu bukan untuk dirinya semata-mata, tetapi ratusan ribu majikan turut menerima manfaat sama.

"Peguam saya sudah mengambil kes ini untuk ambil tindakan kepada lelaki itu di atas fitnah yang dibuat. Semua komen di ruangan Facebook lelaki itu juga sudah diteliti dan diambil 'screenshot' (tangkap layar). Untuk kefahaman anda, saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima.


________ IKLAN ________

Jualan besar-besaran 9.9 SHOPEE telah bermula . Dapatkan barangan rumah, barangan harian, barangan segar dan sebagainya dengan diskaun hebat dan penghantaran percuma.

Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang pelbagai hadiah istimewa. Malah pelanggan baru juga akan mendapat 'welcome gift' tanpa sebarang bayaran. BERTINDAK SEKARANG!

LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!


_______ IKLAN _________



"Bantuan subsidi upah bukan diterima oleh saya saja, tetapi ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung pekerja. Hasil bacaan saya ia sudah memanfaatkan kepada jutaan pekerja termasuklah pekerja di Bizmilla," katanya dalam satu hantaran terbaharu di laman Instagram.

Menurut Mila, fitnah yang dilemparkan lelaki terbabit menjejaskan nama baik dan reputasinya yang dibina selama ini: "Untuk pengetahuan subsidi upah dibayar mengikut jumlah pekerja yang layak. Disebabkan fitnah yang dilemparkan ini, ia menjejaskan reputasi saya. Pihak guaman menasihati saya dan juga tindakan lanjut akan diambil kepadanya," ujarnya.

Sebelum ini, Mila meluahkan kesedihannya dan memuat nak video dia menangis apabila diberitakan mengenai desas-desus sebelum peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini. Dalam hantarannya di Instagram, Mila menegaskan bahawa kesedihannya itu adalah kerana mengenangkan jasa dan bantuan Perdana Menteri kepadanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: