25 August 2021

AERIL ZAFREL: "TAK MAHU ATTAR MENEMPUH SAMA ALAM KEJAHILAN AYAH DULU"



"Hari ini (semalam) genap usia 8 tahun putera ayah, AHMAD FAKHARUDDIN ATTAR. Seperti selalu, biarpun semasa mendodoikanmu, ayah akan terus menitip pesan buat anakanda tercinta sebagai ole-ole pedoman untuk waktu mendatang...

"Attar... bukti pertama ikatan cinta suci mulia ayah dan mama. Biarpun awalnya dihempas badai gelora tapi hikmahnya menjadi sumber kekuatan buat kami, yang semuanya menjadi 'manis' akhirnya! Kebahagiaan demi kebahagiaan datang mencurah...

"Sesungguhnya, mendahulukan dan mencari 'REDHA ALLAH' adalah kunci rahsianya. Attar kena genggam ini dan amalkan dalam hidup. InsyaALLAH pasti ada jalan keluar dalam apa jua masalah yang menerpa. Ketahuilah nak, Kita tak kan mampu memuaskan hati semua manusia dan berbuat sesuatu untuk mencari redha manusia adalah hal yang sia-sia!

"Ayah tak mahu Attar menempuh sama alam kejahilan ayah dulu. Cukuplah ayah seorang. Sebab itu, daripada kecil sampai menjangkau Attar dewasa nanti, ayah tak pernah lelah mendekatkan Attar pada jalan-jalan mencintai dan dicintai Tuhan.

Klik untuk gambar besar



"Mudah2an di mana dan sebagai apapun Attar berdiri, ALLAH selalu memelihara dan melindungimu ketika penjagaan ayah tidak lagi sampai padamu. Namun walau sejauh mana pun terpisahnya kita, tetap nanti ada untaian doa dan kiriman 'hasanah amal jariah' bagi ayah dan mama.

"Bila tiba saatnya, Attar akan ganti tempat ayah untuk menuntun dan menjaga adik-adik. Ikat hati kalian dengan iman dan taqwa kerana itu yang menyatukan hati dan perasaan yang hakiki. Berapa ramai yang luarannya tampak bersama dan bersatu tapi sekadar jasad sahaja. Sedangkan hati mereka retak seribu...

"Sekiranya ada antara kalian yang sudah atau mahu 'tergelincir' dari jalan yang diredhai Tuhan, nasihati penuh hikmah dan santuni membimbing kembali. Ingat kan juga janji mereka pada ayah & mama..



"Sungguh Iman & Taqwa tak dapat diwarisi tapi Attar terima lah ini sebagai wasiat Iman dan pesanan yang soheh daripada ayah yang merindukan & mahu anak-anaknya selamat & menyelamatkan serta berjaya dunia akhirat.

"Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-8 puteraku, Attar! Peluk cium penuh kasih sayang ayah tanpa batas padamu.. #CatatanUntukMasaDepan #DaripadaAyah #BuatAttar #UlangTahun8," tulis pelakon Aeril Zafrel yang menitip catatan untuk masa depan sempena hari lahir ke-8 anak sulung, Ahmad Fakharuddin Attar.

Titipan doa indah Aeril buat anak lelakinya yang dimuat naik di lama Instagram itu sekali lagi mencuri tumpuan netizen. Sementara itu, isteri kepada Aeril iaitu pelakon Wawa Zainal juga turut menitip ucapan untuk anak sulungnya ini.



"Selamat ulang tahun Attar.. cinta pertama mama & ayah, ingat lagi Attar baru lahir & kena kuning.. terpaksa kena tahan wad beberapa hari. menangis ayah peluk cium selimut bantal kat rumah rindu kan Attar.. walaupun baru kenal seminggu masa tu tapi cinta mama ayah sangat dalam.

"Attar la penguat cinta kami, penguat kudrat kami, utk berusaha lebih lagi.. sehingga la apa yg kita ada sekarang.. sungguh Attar la BIG WHY kami masa mula mula decide nak berniaga.. Attar..

"Dulu lahirkan Attar mama ayah banyak dugaan.. duit juga tak ada sangat.. menangis mama ayah pandang muka polos Attar waktu Attar lena.. byk betul kenangan dengan anak sulung kan.. banyak sgt kenangan dan biasa nya anak sulung ni sentimental sikit.. Ok penat type.. harap Attar faham penulisan mama nya. I love you Attar. Happy 8th birthday.. jom wish kat Attar," kata Wawa.

Untuk makluman, Aeril dan Wawa telah pun mendirikan rumah tangga pada 2013. Selain Attar, pasangan ini turut memiliki dua orang lagi cahaya mata, Hayla Adzkiya, 6, dan Aya Soffya, 9 bulan.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: