25 August 2021

"TUNGGU SURAT SAMAN..." - DISANGKA DA'I SYED, PU SYED MINTA NETIZEN MOHON MAAF



"Asal ada bunyi ya!!.. baik.. tunggu surat saman ambe ya.. ambe beri masa 24 jam utk edit dan mohon maaf pada ambe.. tolong tag budak pempuan ni..," itulah tulis Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi laman Instagram miliknya dimana beliau memberi peringatan kepada seorang netizen untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam kepadanya.

Ia susulan tindakan seorang netizen tersebut yang menuduhnya berkaitan dengan isu seorang lagi pendakwah yang mempunyai nama sama dengannya, Da'i Syed.

Tindakan individu tersebut ditegur oleh netizen lain untuk menyunting kembali nama tersebut kerana bimbang akan menimbulkan fitnah.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian PU Syed itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan industri yang terkejut dengan dakwaan berkenaan. Ada yang meminta PU Syed meneruskan tindakan saman terhadap individu itu sebagai pengajaran

Malah, entri tersebut turut mendapat perhatian personaliti TV Fedtri Yahya turut meninggalkan komen berharap pihak yang difitnah dan teranaiaya akan mendapat pembelaan sewajarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: