12 August 2021

AISAR KHALED MINTA MAAF KEPADA ARWAH SITI SARAH & SHUIB: "BERHENTILAH MENGUNGKIT... FITNAH"



"Assalamualaikum, saya Aisar Khaledd mengucapkan salam takziah kepada keluarga abang Shuib dan saya ingin meminta maaf kepada arwah kak Siti Sarah serta abang Shuib dan seluruh keluarganya, tak juga lupa seluruh rakyat malaysia. Saya mengaku salah bahawa membawa sensitivity ke dalam video saya iaitu mengenai arwah kak Siti Sarah.

"Yes memang salah, Saya Belajar dari Kesilapan Yang saya buat dan saya berjanji lepasni akan lebih berjaga-jaga sebelum membuat apa-apa content dan tidak memandang sebelah mata terhadap content yang ditertibkan. Mintak Maaf Abang Shuib dan Keluarga lagi sekali.

"Netizen berhentilah mengungkit-ungkit mengenai isu yang tidak benar. Saya tengok banyak orang yang suka bertambah rasa pada cerita tersebut & fitnah semata-mata. Saya tidak mahu isu ini menjadi berlebih-lebihan. Oleh itu, saya aisar khaledd menyerahkan 10 Jari untuk meminta maaf sangat-sangat kepada Abang shuib sekeluarga & arwah kak siti sarah sendiri dan seluruh rakyat malaysia.

Klik untuk gambar besar



"Ini adalah pengajaran & ujian terbesar di dalam hidup saya . saya sanggup menerima seadanya. Saat orang lain berbuat salah dan dosa yang terarah kepada kita, kita diajari untuk memaafkan. - AisarKhaledd @shuibsepahtu," demikianlah tulis Youtuber dan personaliti media sosial iaitu Aisar Khaled menerusi laman Instagram miliknya.

Nama Aisar Khaled menjadi perhatian netizen apabila didakwa memuat naik video di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak ketika upacara pengebumian jenazah Alahyarhamah Siti Sarah, tempoh hari.



Terbaharu, dia tampil memohon maaf secara terbuka kepada arwah penyanyi Siti Sarah, suaminya pelawak Shuib Sepahtu dan rakyat Malaysia yang telah memarahinya akan tindakan kurang sensitif itu.

Dalam posting tersebut, Aisar Khaled mengucapkan salam takziah dan memohon maaf secara terbuka khususnya buat Shuib kerana keterlanjuran perbuatannya, tempoh hari. Dia mengakui tidak menjaga sensitiviti apabila didakwa lebih mementingkan 'content' ketika di lokasi kejadian.

Difahamkan, Aisar Khaled telah menghantar mesej dengan memohon maaf secara peribadi melalui DM di Instagram Shuib. Personaliti media sosial ini juga tidak mahu isu tersebut dibesar-besarkan lagi oleh netizen dan menganggap kejadian ini adalah pengajaran bermakna buat dirinya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: