11 August 2021

AL-FATIHAH - BAPA AMYLEA KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Assalamualaikum, ayah saya yang saya cintai dan kasihi telah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Mohon sedekahkan doa buat Azizan Zainal Abidin... dia adalah seorang suami, ayah yang sangat-sangat baik dan bertanggungjawab. Sama-sama kita doakan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

"Saya telah hilang ayah saya buat selama-lamanya. Tiada kesakitan yang lebih pedih melainkan kehilangan bapa atau ibu... Allah SWT sahaja yang tahu dugaan demi dugaan. Arwah ayah adalah kurniaan yang dipinjamkan Allah kepada saya dan saya sangat bersyukur memiliki seorang bapa yang baik sepertinya. Terlalu banyak budi belum saya balas, saya harap kami akan disatukan di akhirat kelak.

"Ampunkan salah silap, halalkan makan minumnya.. sekiranya ada hutang-hutang yang saya tak tahu, tolong khabarkan pada saya," ujar penyanyi Amylea Azizan yang memaklumkan berita duka dimana bapanya, Azizan Zainal Abidin, 62, telah menghembuskan nafas terakhir pada petang Rabu, selepas hampir dua minggu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Klik untuk gambar besar



Perkara sedih itu dimaklumkan Amylea, 35, menerusi laman Instagramnya dengan meminta orang ramai mendoakan urusan arwah dipermudahkan. Dalam entri yang sama, penyanyi lagu 'Kendati' ini turut berkata tiada kesakitan yang lebih pedih selain kehilangan kedua ibu bapa. Tambah Amylea, terlalu banyak jasa bapanya yang belum lagi terbalas.

Sekitar hujung Julai lalu, Amylea terpaksa merayu sumbangan derma kilat bagi membiayai kos rawatan bapanya yang menghidap penyakit jantung. Amylea memuat naik status memohon sumbangan derma kilat untuk membayar deposit rawatan bapanya di IJN selepas semua hospital kerajaan dikatakan terpaksa menolak pesakit lain susulan peningkatan kes Covid-19 sehingga menyebabkan kekurangan katil untuk pesakit lain.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: