17 August 2021

AZWAN ALI BUAT LAPORAN POLIS - CHE TA BIAR 'MELALAK' DULU SEBELUM BERTINDAK



"Report polis done (laporan polis telah dibuat), kes fitnah dan ugutan bunuh. Sekarang percayakan pihak polis," itulah tulis pengacara sensasi, Azwan Ali apabila dia memuat naik foto laporan polis yang dibuat dalam akaun Twitternya hari ini.

Kemelut antara Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA bersama pelakon wanita iaitu Rozita Che Wan atau Che Ta semakin berpanjangan apabila Azwan membuat laporan polis tentang pelakon tersebut yang didakwa menulis kenyataan fitnah terhadapnya.

Menerusi laporan polis yang dibuat, Diva AA menyifatkan kenyataan yang ditujukan kepadanya sebelum adalah berunsur fitnah sehingga merosakkan reputasinya sebagai seorang penggiat seni.

Dalam satu laporan media sebelum ini menyebut, Diva AA bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kepada selebriti wanita terbabit kerana didakwa telah memfitnahnya.

Ujar Diva AA, dia bertindak mengemukakan saman tersebut selepas selebriti itu mengaitkan kemewahan yang dimilikinya dengan seorang menteri yang juga abang kandungnya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, pertelingkahan antara bekas pengacara program hiburan Lagu Cinta Kita itu dengan Rozita atau mesra disapa Che Ta tercetus apabila Diva AA menegur cara berpakaiannya yang dianggap keterlaluan ketika mendapatkan suntikan vaksin dengan menggunakan kata-kata kesat dan kurang sopan.

Terkejut dilemparkan teguran sedemikian rupa oleh rakan dalam industri, Che Ta kemudiannya bertindak memulangkan paku buah keras dengan menempelak bahawa individu seperti Diva AA tidak sepatutnya wujud di muka bumi: "Rakyat macam hang patut (kamboih) tanam hidup-hidup. Buat semak bumi," kata isteri kepada pelakon dan usahawan Zain Saidin ini.

Sementara itu, Che Ta mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat berhubung isu saman fitnah yang dikemukan Diva AA kepadanya. Che Ta ketika dihubungi memberitahu, dia enggan untuk ambil pusing perkara tersebut dan hanya menunggu surat saman daripada peguam Azwan Ali untuknya.

"Buat masa ni saya malas nak fikir. Saya tunggu saja surat saman daripada dia. Dah dekat dua minggu juga saya menunggu. Terserahlah apa pun dia nak buat. Nak membebel ke, melalak ke, merentan seorang diri ke, ikut dia lah," ujarnya.

Tambah Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, 49, setibanya surat saman daripada pihak Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, dia dan peguamnya juga akan lakukan perkara sama: "Saya dan peguam memang lama dah tunggu. Saman sampai je, terus kami pun akan hantar surat saman balas juga," jelasnya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: