17 August 2021

DEMI MASA DEPAN - SEPUPU PILIHAN SHUIB JADI IBU SUSUAN AYASH AFFAN



"Selepas kita berbincang dengan keluarga, alhamdulillah ada di kalangan keluarga saya iaitu sepupu. Takut juga masa depan nanti kita tak tahu apa nak jadi. Takut terkahwin pula, jadi masalah nanti. Jadi, saya ambil dalam kalangan keluarga," demikian kata pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu mengenai ibu susuan anak keempatnya, Ayash Affan.

Selepas pemergian isteri tercinta penyanyi Allahyarham Siti Sarah pada Isnin lalu, Shuib berkata dia sudah mula memikirkan mengenai soal susu untuk bayinya, Ayash Affan.

Bagaimanapun, Shuib memaklumkan dia memilih ahli keluarga sendiri iaitu sepupunya yang baru saja menyambut kelahiran cahaya matanya 6 bulan lalu untuk menjadi ibu susuan anaknya.

Shuib berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang denngan ahli keluarga yang lain. Kata Shuib lagi, dia memilih dikalangan ahli keluar kerana bimbang terjadi masalah di masa hadapan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan untuknya sejak hari pertama pemergian arwah isterinya.

"Saya harap Allah balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga yang doakan kekuatan untuk diri saya.

"Kalau la ada perasaan seperti saya yang merindukan arwah, jangan terlalu berduka. Takut dia (Allahyarham Siti Sarah) sedih. Bila kita teringat, sedekahkan al-Fatihah," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: