17 August 2021

"KEEP DOA PLEASE... SYUKUR TAK TERHINGGA" - APRENA KINI BERTUDUNG PENUH



Beberapa hari lalu, pelakon Izara Aishah, Siti Elizad, pelawak Vicha Saywho dan Nana Mahazan membuat keputusan untuk berhijrah apabila tampil berhijab.

Alhamdulillah, satu demi satu selebriti wanita berhijrah ke arah lebih baik termasuk, pelakon Aprena Manrose. Sering tampil berhijab sebelum ini, perkongsian terbaru Aprena menjadi perhatian ramai apabila seolah mengesahkan dirinya sudah berhijab sepenuhnya.

Menerusi entri tersebut, Aprena meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi serta berterima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan dirinya.

"Saya baca DM semua yang mendoakan, keep doa please. Thank you so much! Syukur tak terhingga. Semoga doa berbalik pada you all. Terima kasih Allah," tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang turut tumpang gembira dengan penghijrahannya itu serta mendoakan akan terus istiqamah.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: