17 August 2021

NANA MAHAZAN: "BUKAN CANTIK DICARI, HANYA REDHA RAHMAT DARIPADA ILAHI"



"Allah Maha Besar, terima kasih semua yang mesej secara terus (direct message). Tidak dapat jawab semua. Harap semua dapat berlapang dada, saya cuba. Bukan cantik dicari, hanya redha rahmat daripada Ilahi.

"Maafkan saya kalau saya ada khilaf. Salah dengan sesiapa ok.. Maafkan saya.. semua..," tulis penyanyi dan pengacara Nana Mahazan yang menzahirkan ucapan terima kasih apabila dihujani salam penghijrahan daripada orang ramai buat dirinya.

Mula berhijab sejak beberapa hari lalu, Nana menerusi satu perkongsian di Insta Story berkata, dia akan terus istiqamah. Ujarnya, bukan kecantikan yang dicari tetapi redha daripada Yang Maha Esa.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Nana yang merupakan bekas Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu turut memohon maaf seandainya selama ini ada khilaf yang dilakukan tanpa disedari kepada sesiapa.

Beberapa hari lalu, pelakon Izara Aishah, Siti Elizad, pelawak Vicha Saywho dan Aprena Manrose membuat keputusan untuk berhijrah apabila tampil berhijab.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: