17 August 2021

4 JAM CHE TA BERI KETERANGAN KEPADA POLIS: "SEBAGAI PEREMPUAN TENTU RASA TERHINA..."



"Saya datang hari ini untuk bagi statement berkaitan laporan yang dibuat oleh Azwan Ali. Saya tidak ada buat laporan (polis) hanya bagi keterangan. Saya datang bersama suami dan pengurus sebab kami yang terlibat.

"Tapi keterangan dari segi apa saya tak boleh nak beritahu," ujar pelakon dan usahawan Rozita Che Wan apabila dia dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, susulan laporan yang dibuat pengacara sensasi Azwan atau Diva AA pada 13 Ogos lalu, bberhubung kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta bersama suami, pelakon Zain Saidin dan pengurusnya Afeeq Abdul Wahab memasuki IPD kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum beredar sekitar pukul 4 petang Selasa.

Berkongsi lanjut tentang permulaan kemelut antara mereka, Che Ta mengakui dia membalas hinaan yang dilemparkan Azwan atau Diva AA di laman Instagram berikutan terlalu marah. Namun dia memadam status di Instagram itu selepas sejam dimuat naik bagi mengelakkan keadaan menjadi keruh.

Klik untuk gambar besar



"Saya jawab status dia sebab dia menghina saya. Sebagai perempuan of course la rasa terhina dengan perkataan yang dia gunakan melampau dan memalukan. Lepas sejam saya post, saya delete balik sebab saya tengah marah time tu. lepas itu saya fikir balik saya tak nak bergaduh," katanya ketika ditemui media di luar perkarangan IPD.

Pada Jumaat lalu, Azwan membuat laporan polis terhadap Che Ta dengan mendakwa aktres berkenaan memfitnahnya apabila menuduh dia mengambil rasuah. Sebelum itu, Azwan terlebih dahulu berkongsi foto Che Ta ketika mengambil suntikan vaksin dengan kapsyen yang dianggap keterlaluan.

Terdahulu, Azwan bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kepada selebriti wanita terbabit kerana didakwa telah memfitnahnya. Ujar Diva AA, dia bertindak mengemukakan saman tersebut selepas selebriti itu mengaitkan kemewahan yang dimilikinya dengan seorang menteri yang juga abang kandungnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: