17 August 2021

KERAJAAN BERTUKAR - CAPRICE SEMPAT BUAT LAGU SEBELUM PULANG MALAYSIA



"Saya benci apabila kata-kata saya menjadi kenyataan, korang nak kirim apa-apa tak dari sini? See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik," kata panyanyi rap Caprice yang akhirnya memberi bayangan untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat, selepas hampir dua bulan berada di Mesir selepas gagal memasuki Gaza.

Bagaimanapun Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata dia perlu melengkapkan beberapa tugasan berkaitan misi jangka panjang Road To Al Aqsa 2040.

Caprice berkongsi perkara itu di media sosial sebagai respons kepada pertanyaan netizen sama ada dia akan mengotakan janjinya untuk pulang ke Malaysia selepas berlaku perubahan kepimpinan kerajaan.

Dalam pada itu Caprice berkata, dia kini dalam proses untuk menyiapkan sebuah lagu kolaborasi dengan beberapa artis di negara itu: "InsyaAllah saya bersama artis-artis area ini akan lancarkan lagu mungkin 11 hari lagi," ujarnya menjawab soalan netizen.

Dia turut memuat naik sedikit petikan lagu baharu itu di laman sosialnya pada malam Isnin. Rata-rata netizen berkongsi rasa teruja selepas mendengar lagu berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini Caprice mencetuskan kontroversi dengan menegur personaliti dakwah Ustaz Ebit Lew susulan rugutan yang didakwa diterima penduduk Gaza.

Dia juga mengumumkan untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku di Gaza yang melibatkan orang-orang berpengaruh di Malaysia, dia bagaimanapun membatalkanya selepas laporan polis dibuat oleh Ebit.

Caprice selepas itu memberitahu dia tidak akan pulang ke Malaysia selagi kerajaan tidak bertukar. Pada Isnin, Tan Sri Muhyiddin Yasin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Keputusan itu dibuat selepas hilang mejoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan tidak mendapat sokongan parti politik.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: