17 August 2021

VIDEO TIKTOK 'DITARBIAH' - DAIYAN TRISHA TERIMA TEGURAN



"Kadang-kadang saya tak ambil setiap komen-komen itu terlalu peribadi sangat. Jadi, saya balas seperti biasa saja dan saya juga berterima kasih kepada mereka kerana menegur saya.

"Kalau dilihat semula video itu, saya memakai seluar pendek. Kalau orang bercakap mengenai saya menari, bukanlah saya menari yang terlalu sensual atau apa. Ia sekadar untuk suka-suka dan bersifat kelakar.

"Setiap platform media sosial ada pengguna yang hadir daripada pelbagai latar belakang berbeza, pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai 'mindset' yang berbeza.

"Kalau di TikTok, kebanyakannya adalah golongan remaja dan orang muda," itulah kata pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tidak melatah walaupun dilontarkan dengan pelbagai komen 'tarbiah' daripada netizen di TikTok selepas memuat naik video yang dianggap seksi berlatarkan lagu 'Stay' nyanyian The Kid Laroi dan Justin Bieber.

Klik untuk gambar besar



Daiyan ketika dihubungi berkata, dia menerima komen-komen yang ditulis dan membalas dengan komen positif serta meminta mereka untuk mendoakannya. Menurutnya, setiap platform media sosial mempunyai pelbagai lapisan pengguna dengan latar belakang berbeza.

Dalam hantaran itu, rata-rata netizen menulis komen mengenai aurat dan cara berpakaiannya. Namun, Daiyan menulis komen positif yang diletakkan 'pinned' di bahagian atas ruangan komen.

"Terima kasih atas teguran semua. Tolong doakan Daiyan. Doakan sekali 'crush' nampak Daiyan," tulisnya yang disertakan dengan emosi cinta.

Terbaru, Daiyan bakal hadir dengan single berjudul 'Penat' yang akan dilancarkan Jumaat ini.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: