28 August 2021

BAKAL TIMANG 'BABY GIRL' - AYDA JEBAT DIKECAM PILIH BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN



"Assalamualaikum.. First of all, terima kasih di atas semua ucapan & doa yang dikirimkan buat saya & baby.. Saya doakan yang terbaik buat anda semua juga! Amin. Saya baca ramai yang dm & comment dekat few page, yang kata 'Czer? Tak real la jadi ibu' 'Macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun operate' 'Kalau operate confirm tak keluar susu, tak breastfeed kesian anak dia' 'Ikut tingkap ke? Malunya' dan banyak lagi.

"Saya tak nak comment about that. I'm here to spread positivity. To mommies yang pilih atau memang terpaksa czer/operate atas faktor kesihatan & keselamatan baby & anda, PLEASE don’t be shy, sad and stress. Ada yang sampai rahsiakan kena czer sebab takut & malu digelakkan & diperlekehkan oleh ibu yang beranak normal. Kenapa sampai jadi macamni?

"Normal atau czer, tujuannya sama, nak anak dan ibu selamat dan sihat. Doa yang baik-baik, stop negativity! Kita perlu sokongan, bukan cemuhan. Keluar kat mana pun, breastfeed ke tak, takde stretch marks ke tak, perut masa mengandung kecik atau besar ke tak, please remember… YOU’RE STILL A MOTHER. REAL ONE. No matter what. #AydaJebat #BeStrongMommies #SupportEachOther #SpreadPositivity," itulah respon penyanyi dan pelakon Ayda Jebat bila pilihannya yang ingin melahirkan anak sulung secara pembedahan Caesarean Section (C-Sect) dipertikaikan dan menerima kecaman.

Ayda sebelum ini mengumumkan bakal menerima kehadiran bayi perempuan yang akan dilahirkan sekitar September depan. Penyanyi lagu 'Pencuri Hati' itu sebelum ini dijangka akan bersalin pada 8 Oktober, namun kerana dia memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Klik untuk gambar besar



Menerusi sidang media secara virtual, Ayda menjelaskan, keputusan yang diambil itu tiada kena mengena dengan kesihatan ibu atau bayi. Sebaliknya, dia memang berhasrat untuk melahirkan anak melalui pembedahan sejak sebelum berkahwin lagi. Tambah Ayda, dia juga turut menyatakan perkara sama terhadap doktor yang merawatnya sepanjang kehamilan.

"Saya memang sudah buat keputusan itu. Bukan apabila ketika dapat tahu mengandung, tetapi sebelum berkahwin pun saya sudah nyatakan hasrat itu pada Nabil. Saya kata nanti bila kita kahwin, kalau ada rezeki hamil, saya pilih untuk bersalin secara pembedahan. Tiada sebab... tapi memang saya yang pilih untuk 'czer'.

"Doktor ada tanya sama ada saya mahu bersalin secara normal atau ada perancangan untuk 'czer'. Jadi saya beritahu memang nak 'czer', malah sebelum kahwin pun memang sudah 'plan' begitu. Bayi dalam kandungan sihat alhamdulillah dan saya pun sihat. Doktor pun sudah tanya betul-betul untuk dapatkan kepastian," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.



Bagaimanapun, pilihan Ayda itu tidak disambut baik sesetengah pihak. Netizen berpendapat, Ayda melepaskan peluang untuk merasai 'nikmat' sebenar melahirkan anak. Ada juga yang mengecam tindakan itu dengan berkata, ibu yang beranak 'ikut tingkap' tidak dapat mengeluarkan susu.

Isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu menerusi hantaran di laman Instagram enggan memberikan sebarang komen berkenaan kritikan yang diterimanya itu. Ayda sebaliknya mengambil langkah menyebarkan kata-kata positif dan memberikan semangat kepada ibu-ibu yang lain.

Jelas Ayda, ibu yang terpaksa melahirkan anak secara pembedahan tidak perlu berasa malu, sedih atau tertekan. Malah, ada yang sehingga sanggup merahsiakan proses pembedahan semata-mata kerana tidak mahu diperlekehkan ibu yang bersalin secara normal. Dalam masa sama, Ayda menyeru orang ramai memberikan sokongan bukannya cemuhan. Apa yang penting adalah keselamatan ibu dan anak itu sendiri. Tidak kiralah bersalin secara pembedahan atau normal, anda adalah seorang ibu, ujarnya.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: