Menerusi laman Instagram, penyanyi Elyana sering dilihat berkongsikan perkembangan terkini dirinya setelah menjalani beberapa siri rawatan radioterapi akibat kanser yang dihidapinya.
Elyana yang semakin ceria dan kelihatan sedikit berisi itu juga turut memberitahu bahawa berat badannya kini sedikit meningkat kepada 49 kg daripada 35 kg dahulu. Perkara itu dikongsi Elyana ketika sesi soal jawab di Instagram Story bersama peminatnya, semalam.
Dalam pada itu, ada juga peminat yang bertanyakan tentang tips Elyana untuk kekal positif dan ceria walaupun sudah menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun yang lalu.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, penyanyi lagu 'Tak Tercapai Akalmu' itu memaklumkan bahawa dia kini sedang menjalani rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul bagi merawat kanser limfoma yang dihidapinya.
Difahamkan juga kanser tersebut telah merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha. Apa pun, kami doakan semoga Elyana cepat sembuh.
________________________
No comments:
Post a Comment