23 August 2021

BILA REMY ISHAK & ISTERI TERIMA HADIAH DARIPADA YANG DI-PERTUAN AGONG & RAJA PERMAISURI AGONG



"Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

"dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

"atas anugerah perkahwinan dari Istana kepada kami berdua. Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia ALLAH SWT buat TUANKU & TUNKU," demikianlah tulis pelakon Remy Ishak apabila dia dan isterinya, Ezza Yusof menerima hadiah istimewa daripada Istana Negara, sempena perkahwinan mereka yang baharu sahaja berlangsung pada Sabtu lalu.

Berkongsi rasa teruja menerima hadiah tersebut menerusi laman Instagram, Remy berkata, dia terkejut namun berbesar hati menerima hadiah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Klik untuk gambar besar



Bukan sahaja Remy dan Ezza, para peminat pelakon filem 'Sangkar' itu juga turut teruja dengan hadiah yang dibungkus dalam kotak serba kuning itu. Malah ada juga yang sempat bergurau dengan berkata bahawa Tunku Azizah juga merupakan salah seorang peminat Remy.

"Mesti Tunku peminat Remy ni... untung ramai sayang. - "Untungnya dapat hadiah daripada Agong. Bukalah nak tengok dapat apa.... please. - "Alhamdulillah. Bertuahnya, mesti Tunku Permaisuri peminat setia lakonan Remy Ishak ni," tulis beberapa netizen.

Untuk makluman, Remy selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang juga seorang usahawan, Ezza atau Roszaliza Yusof, 38, pada 21 Ogos lalu dalam satu majlis ringkas di Masjid Negara.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: