04 August 2021

BILA ZULIN PULA NAK SAMAN NETIZEN TUDUHNYA PERSOAL SAMAN NANA



"Seperti yang saya maklumkan,saya tidak marah sekiranya anda tidak setuju,teguran,beri nasihat…tetapi bahasa yg anda lemparkan kepada saya berbaur fitnah dan menjejaskan nama baik dan perniagaan saya.

"Atas nasihat peguam,kami bersetuju meneruskan saman ini demi memberi pengajaran. Terima kasih atas nasihat Netizen juga yang minta saya berbuat demikian," jelas pelakon dan penyanyi Zulin Aziz.

Sebelum ini, Zulin menafikan dakwaan mempersoalkan saman yang dikeluarkan penyanyi dan pelakon Siti Nordiana kepada lima individu, Kata Zulin, komennya itu telah dimanulasi segelintir pihak.

Katanya dek kerana fitnah tersebut, Zulin berkata dia dikecam teruk oleh netizen malah turut tertekan apabila dituduh mengutuk Siti Nordiana.

Klik untuk gambar besar



Terbaru, menerusi Facebook Zulin memaklumkan akan mengambil tindakan saman terhadap netizen yang menulis komen fitnah terhadap dirinya.

Ujarnya, atas nasihat peguam dia mengambil tindakan berikutan kata-kata berbaur fitnah yang dilemparkan menjejaskan nama baiknya dan juga perniagannya serta untuk memberi pengajaran. Malah, Zulin turut berterima kasih kepada netizen yang memintanya berbuat demikian.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Zulin dilihat ada memuat naik satu salinnan laporan polis berhubung perkara itu berserta kapsyen jumpa di mahkamah serta mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: