12 August 2021

BUNDA HETTY KOES ENDANG KINI BERGELAR NENEK - 'ARLO ASTRODISTIRA ARSANDA' NAMA CUCU



Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang atau lebih mesra dengan panggilan Bunda telah berkongsi berita gembira dimana dia telah bergelar nenek apabila anak perempuannya, Afifah Qomariah Yusuf selamat bersalin. Dalam entri tersebut, Bunda tidak hanya mendedahkan wajah cucundanya, tapi turut berkongsi nama pilihan untuk bayi comel itu.

"Alhamdullillahirobilalamin.. Telah lahir ke Dunia cucu Bunda dari @afifahyusuf dan @faldoarsnd, Arlo Astrodistira Arsanda, 11 Agustus 2021, Pukul: 08:33, Berat: 3.11kg. Selamat sekali lagi untuk kedua Ayah dan Ibu baru, Ibu yang kuat, sehat, semua mendoakan mu Nak.

"Tindakan tadi pagi dibantu oleh dr.Azen Salim dan dr.Endah Citraresmi, dan tentunya seluruh dokter pendamping dan juga para suster yang handal. Lancar persalinannya, bahagia sekali lihat baby nya sehat-sehat," coretnya pada perkongsiannya berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, melihat pada ruangan komen, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tidak ketinggalan menyampaikan ucapan tahniah buat bunda sekeluarga.

Untuk makluman Afifah dan suaminya, Faldo Arsa Da Aziz berkahwin pada 21 November 2020 di Jakarta dengan sekali lafaz. Afifah sebelum ini bertunang dengan Faldo sekitar Jun 2020 dengan mengikut protokol kesihatan berikutan pandamik yang melanda seluruh dunia.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: