13 August 2021

TAWARAN SYATILLA MELVIN NAK SUSUKAN ANAK SHUIB RUPANYA SALAH FAHAM



Hanya sekadar salah faham!

Demikian jelas Syatilla Melvin mengenai mahu membantu Shuib selepas kehilangan arwah Siti Sarah menyusukan babynya. Jelas Syatilla, sebenarnya dia mempunyai seorang rakan yang baru melahirkan anak dan mempunyai susu badan yang banyak.

"Salam Shuib, Tilla Whatsapp ni tujuannya untuk nak tolong anak Shuib kalau-kalau perlukan susu badan, kawan baik Tilla baru lepas pantang dan Alhamdulillah banyak susu badan dibuat stok. Shuib reply Tilla kalau Shuib boleh consider," demikian mesej yang dihantar ketika arwah Siti Sarah berada di ICU selepas melahirkan Ayash Affan.

"Ini antara conversation Tilla dengan Shuib semasa arwah kak Sarah masih bertarung di ICU. Mungkin ada sikit kekeliruan sesetengah pihak, insyaallah lepas ni dah boleh clear dah.

"Ya Allah, kau sihatkanlah anak soleh mereka ya Allah. Jadikan anak-anak mereka, anak-anak yang taat yang senang hati dan jiwanya mempelajari Islam ya Allah," ujar Tilla dipetik sebagai berkata.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: