13 August 2021

JUE AZIZ SAHKAN DIRINYA POSITIF COVID-19



"Tolong doakan kesihatan saya. Saya positif Covid-19. Simptom batuk, demam, sakit kepala, selesema dan hilang deria rasa. Nak makan dan buang air selalu rasa ngilu.

"Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan 'lemau' seperti demam sakit urat," ujar pelakon Jue Aziz apabila mengesahkan yang dirinya positif Covid-19 apabila mempunyai gejala seperti batuk, demam dan sakit kepala.

Jue, 38, atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz berkata, dia turut mengalami selsema selain hilang deria rasa.

Menerusi hantaran di Instagram, Jue turut mengambil kesempatan dengan memohon maaf kepada semua andai ada khilafnya sebelum ini.

"Saya ingin memohon maaf sekiranya ada buat salah, sengaja atau tidak. Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas doa kalian, amin," tulisnya yang berkemungkinan sudah mengambil vaksin baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: