13 August 2021

ACHEY MOHON DOA, KEADAAN IBU SANGAT TIDAK BAIK



"Saya tau doa anda sangat padat ketika ini... tapi jika ada ruang kecil dalam doa kalian yang kosong, dapatlah kiranya ruang doa itu di isi untuk mak saya.. NGAISAH BTE HASSAN..

"Buat masa ini keadaan mak sangat-sangat tidak baik," demikianlah tulis pelawak Achey yang memaklumkan keadaan ibunya, Ngasiah Hassan, 73 tahun yang dijangkiti Covid-19 dalam keadaan sangat tidak baik.

Menerusi satu perkongsikan terbaru, Achey turut meminta orang ramai mendoakan ibunya yang kini berada di tahap tiga Covid-19 dan sedang menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor.

Klik untuk gambar besar



Semalam, Achey memaklumkan ibunya masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara meniarap bagi memudahkan proses penafasan.

Achey berkata, keluarga mereka dijangkiti virus tersebut daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan sehingga seorang demi seorang dijangkiti.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: