13 August 2021

SELEPAS SEHARI DITIDURKAN - SHUIB BERSYUKUR ABANG IPAR KEMBALI SEDAR



"Allahuakbar!!! Allah Maha Besar!!! Syukur dah bukak mata!!! Terima kasih pada yang mendoakan.. Tapi kita sambung lagi doa untuk yang lain yang sedang bertarung nyawa, kita nak semua orang kembali sihat!!!

"Balik jumpa keluarga, Amin Syukur Ya Allah," kata pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu menerusi laman Instagram mengenai keadaan terkini abang iparya, Ahmad Firdous yang kembali sedarkan pada pagi Jumaat, selepas 24 jam ditidurkan akibat paras oksigen menurun.

Dalam muat naik terbaru di laman Instagram, Shuib meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan abang kepada Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang dilihat semakin baik.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dalam masa sama turut mengajak orang ramai untuk terus berdoa untuk semua pesakit yang sedang bertarung nyawa.

Klik untuk gambar besar



Pelawak berusia 37 tahun itu turut memuat naik foto dia dan bapa mentuanya iaitu Raisuddin Hamzah membuat panggilan video bersama Ahmad Firdous.

Menerusi perkongsian foto tersebut, memperlihatkan Ahmad Firdous yang masih memakai alat bantuan pernafasan tersenyum dan dalam keadaan ceria.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar abang ipar kepada Shuib itu cepat sembuh daripada Covid-19.

Sementara itu, Shuib memberitahu dua pekerjanya disahkan positif Covid-19 itu seterusnya mendoakan yang baik-baik buat mereka yang sedang berjuang melawan wabak berkenaan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: