29 August 2021

DEMI SARA ISTERI & ANAK - TEGAR KEMBALI JADI PENYANYI JALANAN



Semua sedia maklum mengenai penyanyi Indonesia, Tegar Septian yang pernah popular dengan lagu 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang' ketika berusia 11 tahun sehingga dikenali di Malaysia dan negara jiran lain.

Namun sekarang Tegar bagaikan mengalami zaman kejatuhan. Terbaru, nama penyanyi berusia 19 tahun itu kini menjadi bualan ramai di Indonesia apabila dia kembali menjadi penyanyi jalanan di persimpangan lampu isyarat di Jakarta.

Penyanyi berasal dari Subang, Jakarta ini menerusi laman Instagram telah memuat naik beberapa fotonya sedang menyanyi dan bermain alat muzik di jalanan.

Ujar Tegar, dia okey dan tiada masalah kembali menjadi penyanyi jalanan sama seperti ketika masih kanak-kanak dulu bagi membantu ibu bapanya menyara keluarga.

"Gak (tidak) papa (apa-apa) yang penting halal," tulisnya ringkas pada keterangan foto dikongsi di media sosial itu.

Klik untuk gambar besar



Pekerjaan menyanyi di persimpangan jalan dipercayai dilakukan Tegar sebagai cara dia mencari pendapatan untuk menyara isteri dan anaknya.

Terdahulu, Tegar berkahwin dengan Sarah Sheilka pada 20 Mac tahun lalu dan kini mereka dikurniakan seorang anak bernama Abidzar Oktaviano Putra.

Menerusi hantaran foto dibuatnya di Instagram itu sehingga kini mendapat hampir 10,000 tanda suka serta komen-komen semangat daripada warganet.

Kebanyakan warganet juga sangat positif dengan tindakan Tegar, yang rata-ratanya meniupkan kata-kata baik berbaur semangat dan doa kerana apa yang dilakukannya adalah demi keluarga.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: