07 August 2021

DIKECAM REVIEW BESARKAN PAYUDARA - RAJA AFIQ PULANGKAN DUIT UPAH



Pelakon Raja Afiq baru-baru ini telah menerima kecaman netizen yang menganggapnya keterlaluan dan tidak sensitif selepas memuat naik posting review Instagram berbaur lucah. Tidak mahu berdiam diri, Raja Afiq, 26, akhirnya segera memadam dan memulangkan semula wang bayaran yang diterima untuk melakukan ulasan itu.

"Minta maaf fasal posting tadi sebab keterlaluan. Yang urus semua itu PA (pembantu peribadi) saya dan sekarang saya dah padam posting, duit (upah) review pun dah dipulangkan. Saya faham kalau korang tak puas hati dengan posting tadi," ujarnya.

Terdahulu, tindakan Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 27, memuat naik ulasan sebuah video yang memperlihatkan sebahagian besar payudara seorang wanita menerima kecaman netizen. Difahamkan video berkenaan berkaitan sebuah produk yang kononnya boleh membesarkan payudara.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Raja Afiq turut melahirkan rasa marah dengan tindakan netizen yang bertindak 'menyerang' dan melemparkan kata-kata kesat terhadap isterinya iaitu anggota polis dan juga penyanyi Soffwany Yusoff berkaitan perkara itu.

"Yang buat saya marah apabila orang sibuk serang IG isteri saya dengan ayat yang kasar. Saya tahu anda nak menegur tapi kenapa libatkan isteri saya. Isteri saya tak tahu fasal review tu. Saya dah senyap kau saja nak bakar bagi panas, dah tak ada kerja ke?" ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: