08 August 2021

TAUKE JAMBU MENGAKU DITAHAN POLIS



"Kepada yang tak puas hati, memang aku ditahan," demikian pengakuan pelawak tauke Jambu mengenai berita hangat yang diperkatakan tentang seorang pelawak yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia di sebuah hotel di Kuala Pilah.

Tauke Jambu akhirnya mengakui yang dia ada ditahan polis bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks baru-baru ini.

"Memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

"Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Pengakuan itu dibuat oleh Tauke menerusi akaun Instagram Story miliknya petang semalam dan diulang siar isterinya, Nadia Mohd Effendi. Jelasnya, dia tiada kaitan dengan aktiviti tersebut dah sudah pun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Awalnya dunia hiburan mnejadi gempak atas dakwaan tersebut dan Tauke menafikan sekeras-kerasnya yang dia adalah pelawak yang ditahan polis itu. Malah dengan tegas, dia menafikan ada kaitan dengan penangkapan yang dilakukan.

Malah, kelmarin Tauke mendakwa akan mengadakan sidang media dalam mass terdekat bagi membersihkan semula nama dan imejnya.

Terdahulu, Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani memaklumkan, pelawak berkenaan, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan ketika Ops Pintas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah sekitar pukul 10 pagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: