Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 33, menerusi laman Instagram miliknya memuat naik satu video dimana dia memberitahu Allahyarham Siti Sarah telah menghadiahkannya tudung yang banyak selepas dia membuat keputusan berhijab pada Jun lalu.
Penyanyi lagu 'Kalis Rindu' itu turut memberitahu tudung warna mereah yang dipakainya itu juga merupakan salah satu yang dihadiahkan daripada arwah Siti Sarah.
Dalam pada itu, Elyana turut berkongsikan kenangannya bersama Sarah sepanjang karier nyanyian mereka bersama-sama. Ujarnya, Sarah seorang rakan yang tidak pernah lupa bertanya khabar. Bahkan, Elyana turut mendoakan supaya Allahyarham Siti Sarah ditempatkan yang terbaik di sisi Allah SWT.
Klik untuk gambar besar
"Al Fatihah (dibaca) untuk Siti Sarah.. Awak meninggalkan memori yang indah sepanjang perkenalan. Kita sama-sama membesar dalam industri.. dari remaja, sampai la dah berumahtangga awak masih tak lupa untuk mencari saya untuk bertanya khabar.. saya jual kuih, awak beli... sangat supportive. Dah la cute, pandai nyanyi, baik pulak tu!
"Hari ni, saya pakai salah satu tudung yang awak bagi. Banyak sangat awak bagi saya tudung. Alhamdulillah, sekarang saya dah bertudung so boleh pakai tudung-tudung yang awak bagi hari-hari. I love u Sarah... Semoga awak ditempat kan ditempat yang terbaik disisi Allah SWT..," tulisnya.
Untuk makluman, Elyana yang juga penghidap kanser limfoma sejak 10 tahun lalu ada berkongsi paparan perbualannya bersama Allahyarham yang mahu meminjam semangatnya untuk terus kuat berjuang melawan Covid-19. Tidak terkecuali, Allahyarham juga mengingatkan Elyana supaya menjaga diri berikutan kes jangkitan Covid-19 yang semakin tinggi.
________________________

No comments:
Post a Comment