23 August 2021

FAZLI ZAINAL MULA BERNAFAS DENGAN SENDIRI MESKIPUN SEKEJAP



Sudah mula cuba bernafas dengan sendiri tanpa bergantung dengan bantuan oksigen sejak kelmarin... itulah kongsi penyanyi Fazli Zainal, 43, mengenai keadaan kesihatannya yang kini beransur pulih apabila paras oksigen digunakannya untuk bantuan bernafas semakin rendah kepada satu liter.

"Kalau ke tandas, dah boleh tak guna bantuan oksigen selama 10 minit. Tapi, jika duduk di katil, saya tetap pakai (bantuan oksigen) kerana tak mahu paras oksigen dalam badan menurun.

"Asalkan tempat itu tidak tertutup, saya sudah okay untuk bernafas. Namun, tidak boleh lama-lama sangat sebab saya cepat mengah dan lagi satu, tak boleh sejuk sangat," katanya.

Mengakui tahap pernafasannya belum betul-betul stabil, penyanyi lagu 'Harapan' ini berkata, dia sekadar cuba bernafas sendiri untuk membiasakan diri.

"Buat masa sekarang, memang ada 'standby' oksigen satu liter saja. Apatah lagi, paru-paru saya sudah 75 peratus rosak, jadi ia ambil masa sikit untuk pulih.


________ IKLAN ________

GARA-GARA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, ANDA KEKURANGAN BARANGAN DAPUR, KEPERLUN RUMAH DAN BARANGAN PENTING LAIN?
 
JANGAN BIMBANG... BELI MELALUI ONLINE SAHAJA. IA BUKAN SEKADAR MUDAH DAN SELAMAT, TETAPI ANDA JUGA AKAN MENDAPAT PENGHANTARAN PERCUMA, DIBERI POTONGAN DISKAUN YANG HEBAT SERTA WANG PERCUMA RM15 BAGI MEMBELI BARANGAN PERTAMA ANDA.

TERKINI... JUALAN MERDEKA TELAH BERMULA, DAPATKAN DISKAUN 31% SETIAP HARI
 
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!



JANGAN KETINGGALAN... KUALI JENAMA TEFAL YANG TIDAK MELEKAT DAN DIIKTIRAF BERKUALITI DIPERSADA ANTARABANGSA. TERKINI... TEKNOLOGI YANG PALING CANGGIH TANPA CALAR, KERAS & TAHAN LASAK. JANGAN TERLEPAS JUALAN MERDEKA KALI INI.

_______ IKLAN _________

"Doktor pun sebelum ini ada beritahu saya, tempoh paru-paru yang rosak ini nak pulih sepenuhnya ambil masa sekitar tiga hingga enam bulan dan saya harus sabar, banyak berdoa serta teruskan rawatan," jelasnya.

Dalam pada itu, Fazli berkata, sejak berita mengenai paru-parunya rosak akibat Covid-19 disiarkan baru-baru ini, ramai sahabatnya dari luar negara di London, Bahrain, Australia dan Singapura menghubunginya bertanya khabar.

"Mereka dapat tahu mengenai saya dari berita itu yang tular. Saya amat berterima kasih dan tak sangka ramai orang yang mendoakan dan sayangkan saya juga," ujarnya.

Terdahulu, Fazli dimasukkan ke Hospital Ampang pada 31 Julai lalu kerana tahap oksigen dalam badannya turun sehingga 75 peratus akibat positif Covid-19. Ketika itu dia menjalani kuarantin kendiri di rumah selama seminggu.

Menurut Fazli, keadaan kesihatannya menjadi teruk akibat Covid-19 sebelum ini mungkin kerana dia belum berkesempatan mengambil suntikan vaksin dos pertama yang sepatutnya pada 23 Julai lalu apabila sudah dijangkiti sebelum tarikh itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: