23 August 2021

RAHSIAKAN IDENTITI KEKASIH - SYAFIQ FARHAIN MAHU BERCINTA DENGAN RELAKS



"Ya, saya memang sudah ada kekasih," akui penyanyi Syafiq Farhain yang memberitahu bahawa dia sudah mempunyai kekasih, namun enggan berkongsi lanjut mengenai wanita pilihannya itu.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim, 27, berkata, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk menjalani kehidupan bercinta itu secara relaks.

"Saya bukan nak berahsia dan tak nak beritahu, cuma lebih suka relaks saja. Kalau boleh tidak mahu hebohkan bagi tahu sudah ada kekasih. Kalau ada sesiapa tahu, biarlah dia tahu tapi tidak juga sampai tahap jangan beritahu orang lain. Bagi saya, tidak semua perlu tahu soal peribadi. Saya lebih suka berkongsi perkara lain seperti kerjaya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, penyanyi lagu 'Sayang Maafkan Aku' itu turut berkongsi mengenai hubungannya dengan ibu tirinya, Juriah@Julia Bachok selepas pemergian bapanya, Allahyarham Saleem yang juga penyanyi popular pada 2018.

"Minggu pertama selepas arwah tiada, masih ada krisis sikit tapi saya tidak ambil peduli sangat. Saya tak suka sangat dengan masalah. Alhamdulillah, selepas itu dan sampai sekarang ada juga berhubung tapi boleh dikira dengan jari. Kalau ditanya hubungan saya dengan keluarga sebelah sana, okay saja. Kalau di belakang saya tak tahulah," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: