28 August 2021

FAZURA SEBAK 80,000 TUDUNG BERNILAI RM2.16 JUTA 'SOLD OUT' DALAM 2 JAM



Menerusi rakaman video siaran langsung di laman Instagram yang diulang siar oleh peminat di laman sosial, pelakon dan usahawan, Nur Fazura telah meluahkan rasa terharu apabila jualan tudung jenamanya mendapat sambutan hangat dan mengalakkan daripada para pembeli.

Dalam video tersebut, Fazura dilihat tidak dapat menahan rasa sebak sehingga mengalirkan air mata. Difahamkan, tudung keluarannya yang berharga dari RM27 itu telah berjaya meraih jualan sebanyak 80,000 helai dalam tempoh masa 2 jam.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah membeli yang antara lain sama-sama membantu para peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Secara langsung, mereka turut berpeluang menjana sumber pendapatan.

"Alhamdulilah di kesempatan ini sebelum Faz habis cakap, Faz nak ucapkan terima kasih kepada semua di luar sana all my darlings kerana sokong Tudung Fazura.

Klik untuk gambar besar



"Emosi sikit takut saya nangis, terima kasih sebab anda semua sudah pun dapat membantu 4000 peniaga-peniaga kecil di bawah Faz yang hilang mata pencarian. Yang mungkin suaminya hilang kerja dan sebagainya. Jadi terima kasih kepada semua yang dapat bantu mereka ini.

"Kenapa saya jual RM27, sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli. Kita nak bantu, kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal lagi. Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu.

"Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi," kata Fazura yang baru bergelar usahawan tudung sejak Julai tahun ini.

Jumlah jualan bagi 80,000 helai tudung itu dianggarkan mencecah RM2.16 juta. Perkara itu didedahkan beberapa netizen melalui ciapan mereka dalam akaun Twitter.



"Dalam 2 jam 80,000 helai dah 'sold out', semoga dimurahkan rezeki selalu Fazura and selalu kongsi rezeki dengan semua orang," ciap seorang netizen.

"Dalam tempoh 2 jam, dah dapat jualan RM2.16 juta. Formulanya mudah, jual murah, orang ramai dapat beli, niaga sekejap tapi dah untung," tulis seorang lagi netizen.

Sebelum ini, ibu kepada Nur Fatima Aisya menarik perhatian ramai apabila menjual tudung serendah RM27 dengan niat untuk membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19.

Dedah Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddinnya, angka 27 itu mempunyai nilai sentimental buat dirinya iaitu tarikh ulang tahun kelahirannya serta tarikh Fattah melamarnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: