28 August 2021

15 AHLI KELUARGA BEEGO POSITIF COVID-19



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 41, telah berkongsi berita duka dimana 15 ahli keluarganya yang tinggal di Johor Bahru telah dijangkiti wabak COVID-19.

Jelas Beego, dalam jumlah tersebut, ada juga yang sudah lengkap menerima vaksin namun masih dijangkiti virus pembunuh tersebut. Dalam pada itu, Beego turut berkata jika benar wabak ini adalah ciptaan manusia semata-mata, mereka yang telah menjadi korban pastinya akan mendapat ganjaran syurga.

"Bismillahillazi layadurrhu maa, smihi syai, un fil, arddi walafis sama hi wahuwassamiul alim. 15 org ahli keluarga sy sendiri di johor bahru disahkan positif. Yg dah complete dose pun positif.

"Mmg something yg tak terjangka oleh sy.. covid is real as it can get.. TAPI.. apapun virus ini.. tetap ia akan tunduk dgn Rahmat ALLAH SWT.. yg pergi selamanya kerana ia juga dalam Rahmat Allah swt.. kalau iyapun VIRUS ini adalah biological weapon for human thinning..

Klik untuk gambar besar



"REMEMBER ALWAYS.. matinya seorang itu sekiranya dibunuh oleh agenda atau apapun.. sebagai seorang islam.. syurgalah tempat kamu.. mati kerana wabak.. syurga juga buat kamu..

"Sy ingin mengambil kesempatan utk ucapkan takziah kepada semua kenalan sy yg kehilangan org tersayang.. pls bertabah, redha, zuhud dan istiqomah.. apapun yg ada atas dunia bersama kita.. adalah pinjaman dari sang pencipta. Salam..

Anggota kumpulan Phyne Ballerz itu sempat mengucapkan takziah kepada semua kenalan dan mereka di luar sana yang telah kehilangan orang tersayang akibat COVID-19.

Sebelum ini, isteri Beego iaitu pelakon Linda Hashim memaklumkan bahawa dia telah kehilangan ibu angkat yang dianggapnya seperti ibu kandung sendiri iaitu Rahimah Hashim. Namun, pemergian ibu angkat Linda bukanlah disebabkan oleh virus COVID-19 berdasarkan keputusan saringan yang diterima.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: