28 August 2021

FAZLI ZAINAL AKHIRNYA KELUAR HOSPITAL SELEPAS HAMPIR SEBULAN BERTARUNG



"Alhamdulilah syukur... Akhirnya setelah berperang selama 29 hari di Hospital Ampang, saya berjaya pulang ke rumah.. Terima kasih banyak semua yang membantu dari segi mental & fizikal sama ada secara terus atau tidak. Hanya Allah yang boleh membalas budi baik kalian.

"Saya akan specifikasikan nnt. Selesai fasa kritikal, sekarang saya perlu lalui fasa penyembuhan yang lebih kurang mencabar juga.. saya perlukan semangat dari kalian.. terus doakan saya.. terima kasih semua," kata penyanyi Fazli Zainal menerusi laman Instagram miliknya.

Selepas hampir sebulan ditempatkan di hospital akibat virus Covid-19, Fazli akhirnya dibenarkan pulang petang tadi. Menurut pelantun lagu 'Harapan' itu, keadaannya kini semakin pulih biarpun kadar oksigen yang tidak menentu. Jelasnya, dia perlu menjalani rawatan susulan sebulan sekali untuk memastikan keadaan kesihatannya pada tahap terbaik.

Klik untuk gambar besar



"Insya-Allah petang ni (tadi) dah boleh discharge. Kadar oksigen tu susah nak cakap, kadang turun naik. Saya masih kena pantau guna mesin yang disewa sampailah betul-betul sembuh, mungkin dalam tempoh enam bulan. Lepas tu kena datang rawatan susula 'post covid' sebulan sekali. Apapun terima kasih kepada semua yang terus mendoakan kesembuhan saya," katanya.

Terdahulu, Fazli telah dikejarkan ke hospital selepas paras oksigen dalam tubuh badannya menurun ke 75 peratus. Susulan itu, dia dimasukkan ke unit Rawatan rapi (ICU) bagi meningkatkan kembali tahap oksigen dalam tubuh badannya.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: