04 August 2021

FILEM BARU - 'HUTANG 2D' PERTARUHKAN RAMAI PENYANYI POLULAR



Sebuah lagi filem terbaru kini muncul untuk tontotan ramai terbitan Arie Zaharie Production bersama Knack Knack Studios iaitu HUTANG 2D. Ia bakal ditayangkan di Pawagam Rumah Anda, iaitu di Astro First bermula 5 Ogos ini.

Untuk info, filem aksi, komedi dan fantasi ini membariskan pelakon seperti Floor88, Baby Shima, Black Hanafiah, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ropie, Altimet, Wafiy Ilhan dan Coki.

Ia mengisahkan tentang Ayie, seorang pelukis webtoon yang kuat berangan. Sementara itu, ayahnya banyak berhutang dan sentiasa diganggu oleh dua orang gangster, Han dan Kit. Ayie bertemu Gua Mambang dan nasibnya mula berubah. Semua lukisan Ayie akan menjadi kenyataan.

Klik untuk gambar besar



Apa yang menarik, filem ini mempertaruhkan bakat lakonan oleh kesemua ahli kumpulan Floor 88, Ayie Elham, Akram K, Falique Ghazali, Zai Hamzah, Amirul Afeeq dan Eric Fuzi sebagai teraju utama.

Ini kerana, HUTANG 2D adalah kemunculan pertama kumpulan Floor 88 menerusi filem dan ia bakal hiburkan penonton dengan gelagat, aksi dan komedi yang mencuit hati.

Meskipun mereka sebelum ini pernah berlakon menerusi telefilem Kau Roadblock Hatiku (2018) dan Tok Moh Talent Agency (2019), namun melalui filem bakat mereka makin tercabar.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: