04 August 2021

TERIMA MESEJ 'LUCAH', KESAT SELEPAS BERBICARA TENTANG PM - LINDA BUAT LAPORAN POLIS



"Allahuakbar!!!! Undang2 negara tetap ada.. jgn ingat dengan cara Sebar fitnah terang2 Di Twitter,Facebook,Instagram anda Semua terlepas ye!!!!! even tho guna fake acc or edit all pictures sebar kan.. jgn pikir awak semua terlepas hukum dunia!!! Just wait n see.. Allah maha melihat... takbir Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! @pdrmsia_official @polisshahalam @muhyiddinyassin_official

"Jangan Main2 dengan Undang2 Negara... Pada all nitizen yg sebar kan fitnah terhadap linda Dan juga PM @muhyiddinyassin_official Di laman social Twitter,Facebook n Instagram walaupon anda deleted n Cuba block saya.. lawyer saya dah screeshot so jgn ingat bole lari.. @pdrmsia_official @polisshahalam @skmm_mcmc," itulah kata pelakon Linda Rafar yang tidak menyangka ada individu yang sanggup memberi 'direct message' berbaur lucah dan kata-kata kesat di laman Instagramnya itu, hanya kerana berkongsikan video mengenai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terkejut dengan tindakan individu yang tidak bermoral tersebut, Linda dan suaminya, Syed Aiman tampil untuk membuat laporan polis. Menurut Linda, mereka bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan. Undang-undang negara tetap ada! Sebelum ini, Linda telah memuat naik satu video berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin di akaun Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video tersebut, Linda memohon kepada masyarakat agar berfikir terlebih dahulu mengenai jasa dan pengorbanan Muhyiddin sebelum mereka mengeluarkan sebarang kata-kata kesat di media sosial. Susulan daripada video tersebut, Linda telah menerima satu kiriman 'direct message' daripada seorang individu yang tidak dikenali olehnya.

Kiriman tersebut dipenuhi dengan kata-kata kesat serta lucah sehinggakan Linda dan suami nekad untuk membawa isu ini ke pihak berkuasa. Ujar Linda lagi, negara ini mempunyai undang-undang dan individu di sebalik akaun tersebut tidak akan terlepas dengan hukuman dunia.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut membaca kiriman 'direct message' yang dihantar oleh individu tersebut. Menurut netizen, individu berkenaan telah menggunakan akaun palsu untuk menghantar kata-kata kesat seperti itu.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: