23 August 2021

FIZZ FAIRUZ SEDIA BERI BANTUAN TANPA PILIH BULU



"Pagi semalam isteri saya beritahu Sherie perlukan pertolongan. Saya ini jenis tak boleh tengok orang susah. Tak kira artis atau sesiapa saja. Saya ada DM dan komen di IG Sherie tapi waktu itu tak ada respons. Jadi, saya hubungi rakan selebriti lain untuk dapatkan nombor dia.

"Dapat saja nombor, saya cuba hubungi Sherie sejak pagi... tengah hari baru dia jawab. Selesai bercakap dengan dia, saya hubungi pula Megaklinik Zahran. Rupa-rupanya pihak mereka pun cuba hubungi Sherie dan Alhamdulillah... semuanya dipermudahkan.

"Saya tolong apa yang saya mampu... siapa saja, apa yang boleh saya tolong. Dalam keadaan sekarang ini, ramai struggle untuk hidup. Nak pergi perubatan swasta, kena berbayar. Tapi ada cara lain yang kita boleh bantu. Saya pun tak minta balasan apa-apa.

"Dah jadi tanggungjawab... Allah berikan kita peluang untuk tolong. Jadi, sesiapa yang memerlukan pertolongan melibatkan masalah Covid-19 atau vaksin, boleh DM saya," ujar pelakon Fizz Fairuz ketika dihubungi pada Isnin.

Fizz sebelum ini tampil memberikan pertolongan segera dengan mendapatkan bantuan daripada sebuah klinik swasta untuk Sherie Merlis selepas berasa simpati dengan nasib rakan artisnya itu yang terperangkap dalam sebuah rumah bersama adiknya yang positif Covid-19.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, pelakon filem 'Munafik 2' ini memberitahu dia hanya membantu selagi yang mampu tidak tanpa mengira sesiapa.Dalam pada itu, pelakon filem 'Munafik 2' ini memberitahu dia hanya membantu selagi yang mampu tidak tanpa mengira sesiapa.

Cerita Fizz, dia tidak sanggup membiarkan Sherie terus dibelenggu masalah itu selepas diberitahu isterinya iaitu Datin Almy Nadia. Selepas berjaya menghubungi Sherie, pemilik nama Fairuz Zainal Abidin itu terus meminta pertolongan Megaklinik Zahran untuk menguruskan keluarga atres tersebut.

Terdahulu menerusi Instagram Live (IG Live) Sherie pada Isnin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fizz yang membantunya dalam menyelesaikan masalah. Dalam satu kenyataan, Sherie meluahkan rasa bimbang selepas adiknya yang positif virus itu diminta menjalani kuarantin di rumah yang didiami 11 orang termasuk dia sendiri.

Akhirnya rayuan dan luahan Sherie mendapat perhatian apabila adiknya yang disahkan positif Covid-19 ditawarkan untuk menjalani kuarantin di sebuah hotel di Kuala Lumpur.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: