23 August 2021

PAKAI TUDUNG KERANA ALLAH BUKAN KERANA ARWAH SITI SARAH - ELIZAD



"Seboleh-bolehnya saya tak mahu kaitkan hijrah saya dengan arwah atau kisah-kisah kebaikan arwah. Saya pakai tudung kerana Allah dan niat sendiri bukan disebabkan orang lain. Perkara lain yang saya nak cakap tentang arwah, dia selalu beri hadiah kepada saya dan sangat bangga dengan Shuib yang sangat tenang menghadapi dugaan ini," jelas pelakon Siti Elizad.

Elizad yang juga penyampai radio itu sebelum ini membulatkan hatinya untuk berhijrah ke arah lebih baik dengan mengenakan tudung, sempena Maal Hijrah baru-baru ini.

Mengakui sudah lama menyimpan niat untuk bertudung, Elizad berkata dia mula mengenakan tudung selepas suaminya, Shamsul Baharin membeli beberapa helai tudung untuknya secara dalam talian.

Meskipun ramai beranggapan pelakon itu memakai tudung selepas mendapat hadiah tudung daripada Allahyarham Siti Sarah, Elizad berkata dia bertudung kerana Allah dan bukan disebabkan orang lain.

Klik untuk gambar besar



Berkongsikan perasaan selepas berhijab, Elizad berkata dia sangat selesa dengan penampilan terbarunya itu namun dia cuba perlahan-lahan perbaiki kelemahan diri.

"Saya masih cuba perlahan-lahan memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Seperti anda lihat saya masih dengan gaya Siti Elizad seperti memakai tali pinggang dan anting-anting.

"Apa pun doa saya kepada Allah SWT supaya dibukakan pintu hati untuk lebih menjadi muslimah yang lebih baik tidak akan pernah berhenti dan harapnya kekal istiqamah," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: