22 August 2021

HANYA KAWAN DENGAN NOKI K-CLIQUE - FATIN AFEEFA TAK TOLAK JIKA BERJODOH



Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa baru-baru ini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan K-Clique iaitu Noki. Bagaimanapun, Fatin menafikan dakwaan tersebut dan berkata keakraban mereka di media sosial hanyalah sekadar rakan sesama industri.

"Kami hanya berkawan saja. Kalau tak percaya boleh tanya dia. Saya bukan hanya balas komen dia seorang saja di Instagram. Ada juga orang lain, tapi mungkin dia lebih menarik perhatian ramai," katanya ditemubual di dalam program Melodi.

Menurut pelakon filem 'Tentang Bulan' itu, sekiranya ada pihak mendoakan agar mereka disatukan, dia tidak menolak jika itu adalah jodoh terbaik buat dirinya.

Klik untuk gambar besar



"Doakan yang baik-baik sebab soal jodoh ini rahsia Allah. Mungkin dengan dia atau mungkin juga dengan orang yang saya tak pernah terfikir. Tapi sejujurnya hal berkaitan pasangan hidup bukan lagi menjadi satu keutamaan.

"Saya nak berikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak, ibu serta kerjaya. Terakhir barulah soal teman lelaki. Bagi saya, kalau ada jodoh, adalah," ujar Fatin yang mempunyai sepasang cahaya mata.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: